Monday, July 23, 2012

heyyyaa ramadhan 1433 H


hmm..macam mana ni???

ada beran???
  1. Khatam al-Quran, et lis sekali dengan maksudnya sekali sepanjang bulan Ramadhan
  2. Solat terawih tak tinggal sepanjang bulan Ramadhan, et lis lapan rakaat
  3. Bangun malam menunaikan tahajjud et lis sekali seminggu
  4. Solat sunat witir tak tinggal sepanjang bulan Ramadhan, et lis tiga rakaat
  5. Solat sunat dhuha, et lis dua hari sekali dua rakaat setiap kali
  6. Iktikaf et lis tiga kali pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan
  7. Perbanyakkan: a) sedekah (et lis seminggu sekali bersedekah), b) Istighfar (et lis 70 kali sehari) c) zikir-zikir yang maathur dan d) senyuman. Semuanya perlu diperbanyakkan lebih banyak daripada biasa! Hoyeaaahh.
  8. Menjamu orang berbuka puasa et lis dua kali sepanjang bulan Ramadhan
  9. Memasak juadah berbuka untuk keluarga (et lis satu lauk) sekali sepanjang bulan Ramadhan
  10. Perbanyakkan doa ketika berbuka dan bersahur. Antara doa yang perlu dilafazkan:
  • Pembebasan Palestin
  • Pembebasan Syria
  • Pembebasan seluruh umat Islam dari cengkaman musuh-musuh Islam
  • Dimasukkan ke dalam sorga FirdausNya, bersama-sama dengan orang-orang terchenta dan seluruh umat Islam
  • Diampunkan segala dosa dan ditutup rapat pintu neraka untuk diri sendiri, keluarga, rakan-rakan dan seluruh umat Islam 
 disclaimer- Tetapi awas! Mari sini saya mahu beri disklemer awal-awal; anda mestilah meniatkan cabaran ini untuk memburu redha dan keampunan Allah semata, selain menambah pelaburan saham-saham sorga anda..! Dan bukannya semata-mata untuk menyahut seruan Inche gabbana, apatah lagi untuk meletakkan poster yang kiut-miut itu pada belog anda..!! Peluh.


jazakallahu khair katheer pakcik APG.

challenge accepted! with slight modifications and additions. ;P

No comments:

Post a Comment