'Hours of leisure pass away like summer clouds, therefore, do not waste the opportunity of doing good.' saidina Ali r.a.
Saturday, December 8, 2012
goodbye
aku sengsara emosi.
mereka di gaza, di syria, di myanmar dan ntah di mana lagi
sengsara mereka
sengsara fizikal, sengsara jasadi, dan sudah tentunya sengsara emosi juga
hinggakan bumi pun tidak sanggup lagi melihat sengsara itu
mengalirnya darah bak sungai, bahkan mungkin sudah menjadi lautan merah!
dan aku, masih di sini
sibuk melayan emosi sendiri
masih lagi memikirkan perkara-perkara kecil
perkara yang tidak membangkitkan ummah sedikit pun
bukannya ku tak tahu ummah sedang sakit
bukannya ku tak tahu maksiat dan jahiliyyah bermaharajalela di dalam hati manusia kini
bukannya ku tak tahu manusia sekarang mendambakan solusi buat semua ini
tetapi
mungkin hatiku ini yang terlalu hitam dan penuh noda
hinggakan semua perasaanku ini tak mampu mengalir ke jasad lalu membentuk amal
hanya tersimpan rapi dalam hati . . .
mana amalku? mana bukti ku cintakan ummah? bukti cintaku buat rasul Allah dan penciptaKu, Allah yang Esa?!
sudah berlalu masa tidurmu.
sudah berlalu masa jahiliyyahmu
cukuplah Allah menjadi saksi segala amalmu. baik yang baik, mahu pun amal yang malaikat pun tidak sanggup memandangnya.
cukuplah.
tak cukup kuat lagikah tarikan syurga buatmu? nikmat yang begitu luas terbentang. dan di situ..boleh menatap wajah Allah swt. selama-lamanya.
tak cukup mempesonakan lagikah sampai dunia pun kau tak sanggup nak lepaskan?
Allah. ampuni dosa hambaMu ini.
hamba tak sanggup lagi ya Allah. bergelumang dalam lumpur. cukup.
terimalah taubat hambaMu yang hina ini. dan hanya kepadaMu aku berserah diri. moga istiqamah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment